
Promosi ini telah berakhir pada 31hb Disember 2022. Tahniah! Seorang guru wanita di sebuah sekolah di Pulang Pinang mendapat durian runtuh selepas memenangi sebuah kereta mewah menerusi Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN.
Puan Khoo Lee Hah, 39, yang masih terkejut dengan kemenangannya menerusi kategori Cabutan Tahunan Jubli Perak mengakui tidak pernah mengimpikan untuk memenangi hadiah itu kerana niatnya membuka akaun berkenaan hanya untuk menyimpan demi masa depan pendidikan anak perempuan tunggalnya.
Beliau yang telah menjadi seorang pendidik selama 12 tahun itu membawa pulang Mercedes Benz C200 Avantgarde menerusi simpanan beliau di dalam akaun SSPN mulai 2016.
Selain Khoo, Latinah Dahulin, 37, berasal dari Sabah memenangi tempat kedua cabutan itu dan membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala Yip Meng Leong, 49, jurutera di Selangor, pula memenangi tempat ketiga cabutan berkenaan dan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.
Mercedes Benz C200 Avantgarde
KHOO LEE HAH (840430-07-XXXX)
Wang tunai bernilai RM100,000
LATINAH BINTI DALUHIN (861228-12-XXXX)
Wang tunai bernilai RM50,000
YIP MENG LEONG (740801-08-XXXX)
Motosikal Honda Dash 125